BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Monday, April 4, 2011

Chapter 1(Life Change Forever...)

     Nita duduk memikirkan kejadian malang yang pernah ditempuhinya selama ini.Pertama,Nita kehilangan orang yang paling dia sayangi iaitu Amir.Kedua,temannya yang banyak menolongnya di Jepun iaitu Mizuki dan Hikaru yang telah mati dek kerana tsunami yang berskala besar.Nita menjadi murung selepas kejadian itu dan sudah tidak ceria seperti selalu.
                                                      ---------------------------------_-------------------------------
Nita menarik nafas yang sedalam-dalamnya dan mengambil pandangan terakhir sebelum meninggalkan tempat yang memberi banyak kenangan kepadanya.Tempat kejadian.Itulah yang ditenung sebaik-baiknya oleh Nita sebelum meninggalkan tempat itu.Nita memegang gambar yang dijumpai ditangan Mizuki tatkala mayatnya dijumpai Nita .Nita menjumpai mayat Mizuki yang tidak bermaya itu sambil tangannya memegang gambar kenangannya bersama Nita.Nita berjalan di kawasan Hikaru.Nita memegang lirik lagu 'Someday'yang ditulis oleh Hikaru sebelum kejadian berskala kuat itu berlaku menggemparkan seluruh dunia.Selepas menghabiskan pandangannya di kawasan yang banyak meninggalkan kenangan itu,Nita menarik beg kecil yang hanya mempunyai pasportnya,sedikit duit,sedikit baju dan barang keperluannya.Segala barang Nita habis dipukul tsunami dan telah membuatkan barang-barangnya terhanyut juga.Nasibnya baik kerana Nita selalu membawa pasportnya dan dompetnya dimana-mana dia pergi.Jika tidak,pasti dia tidak akan pulang ke Malaysia dengan segera dan pasti akan menjadi kebimbangan bagi ahli keluarganya di Malaysia.Nita mengambil teksi untuk tiba di kawasan penerbangan Tokyo.Di kawasan penerbangan Tokyo,berjuta-juta orang memenuhinya dan ianya agak sesak sedikit kerana mereka ngin segera pulang.Takut-takut akan terjadi tsunami itu.Tetapi tidak bagi Nita!Dia ingin bersama Hikaru dan Mizuki kerana mereka sangat menyayangi Nita selain Amir tetapi Nita harus dan wajib menerima takdir dan ketentuan Yang Maha Esa.Penerbangan Nita untuk ke Malaysia sudah tiba.Nita berjalan menaiki pesawat itu sambil dilayani oleh seorang pramugari yang cantik dan juga pramugara yang tidak kurang hensemnya.Nita duduk di tepi tingkap kerana Nita ingin melihat kawasan yang meninggalkan memori yang paling mendalam kepadanya itu.Pramugari menyuruh seluruh penumpang untuk memakai tali pinggang dan bersiap sedia kerana pesawat akan mula terbang ke awan yang biru itu.Nita masih ingat ketika diumumkan bahawa popstar telah mati dek kerana tsunami besar itu.Hampir dua hari,remaja-remaja perempuan di Jepun tidak makan kerana asyik menziarahi pusara Hikaru.Mereka memang tidak boleh menerima takdir bahawa bintang mereka telah tiada!Tetapi,Nita lain.Nita hanya memadang sayu lirik lagu yang ditulis Hikaru dan memadang gambar kenangan Mizuki bersamanya.Itulah yang dilakukannya selama dua hari itu.Hatinya lebih sakit berbanding remaja yang lain.Pesawat sudah mula bergerak dan Nita sudah dapat melihat kawasan tsunami itu.Memang hampir kesemuanya rosak,musnah dan tiada apa-apa yang tinggal lagi.'Takdir'.Hati Nita berbisik.Nita sekali lagi mengalirkan air matanya yang sudah kering dek kerana tiga hari menghabiskan masanya hanya dengan tangisan.Nita menangis sekuat hatinya tetapi didalam hati kerana teramat-amat perit derita yang harus ditanggungnya.Nita masih dapat mendengar bunyi suara Amir,Mizuki dan Hikaru.Nita dapat merasakan mereka bersama Nita sekarang.Nita terlelap dan apabila matanya terbuka,dia sedar dia bukan di negara yang meninggalkan kenangan pahit dan paling manis kepadanya iaitu Tokyo.Setibanya Nita,Nita disambut oleh pramugari yang sama dan Nita disambut juga dengan ahli keluarganya yang memang risau akan keadannya itu.Tetapi,sambutan manis keluarganya dibalas muka yang paling masam dan mata yang memang merah dan juga keadaan yang tidak bermaya.Ibu bapanya memikirkan bahawa kejadian itu meninggalkan kesan kepada Nita tetapi tekaan mereka salah.Nita masih tidak mahu bercerita kepada ahli keluarganya walaupun sudah seminggu dia berada di Malaysia.Nita merasakan yang dia ingin mati sekarang juga tetapi tidak boleh kerana ianya melanggar hukum agam Islam yang melarang umatnya daripda membunuh diri.Nita juga sering mendapat mimpi yang  sama tetapi orang yang berlainan yang setiap daripada mereka mengatakan kepada Nita,'Teruskan hidupmu wahai Nita',Kambateh Nita!'You have to go on and I fine here'.Setiap kata-kata itu membuatkan Nita lebih sedih!Tetapi Amir,Mizuki dan Hikaru telah memberi kata-kata dorongan kepada Nita.Jadi,Nita harus membuat mereka merasa yang saat bersama mereka tidak akan ditangisi oleh Nita.Tetapi,Nita akan tetap membisu dan masih tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya kepada ahli keluarganya.

0 comments: