BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Saturday, April 9, 2011

Chapter 4(Everything Change!)

    Nita tersedar dari tidurnya apabila jam locengnya berbunyi memecahkan kesunyian didalam bilik Nita yang dari tadi hanya terdengar bunyi Nita berdengkur tidur.Nita segera bangun dan mencapai tualanya untuk mandi.Seperti kebiasaan,Nita akan melakukan tugasnya seperti yang selalu dibuatnya.Memberus gigi,mandi dan yang lain-lain.Nita masih ingat,dia tidak pernah mandi selama berada di Jepun.Nita hanya tersenyum mengingatkan peristiwanya itu.Selepas mandi,Nita keluar dari bilik mandinya dan memakai baju t-shirt lengan pendek yang longgar dan seluar biasa berwarna biru.Nita selepas itu mengemas katilnya dan terus mengambil wuduk.Nita membentangkan sejdah dan menyarungkan telekung dan Nita memulakan amal ibadahnya kepada Tuhan.Selesai itu,Nita melihat jam locengnya dan ianya baru jam 6:30 pagi.Nita lantas mengambil buku Impiana 2 yang dipinjammnya semalam.Nita memulakan pembacaanya pada pukul 6:30 pagi dan berakhir pada jam 9:30 pagi.2 jam sahaja masa yang diambil Nita untuk menghabiskan buku Impiana iu.Nita meletakkan buku itu di meja belajar dan keluar dari biliknya untuk bersarapan.

                      ---------------------------------------_---------------------------------------
Selesai bersarapan,Nita duduk di kerusi luar dihalamannya untuk berseorangan.Hanya Nita seorang.Nita tidak lupa membawa gambar dan lirik itu.Memang benda yang wajib bagi Nita.Nita termenung melihat awan biru yang berwarna biru bercampur putih itu sambil  burung-burung terbang dengan bebasnya di awan yang sungguh indah itu.Sedang Nita mendongak memandang langit putih itu,Nita teringat seseorang yang amat dibencinya iaitu Haikal.Raut muka Nita terus berubah serta merta apabila wajah Haikal mula terbayang-bayang di ingatan Nita.Tiba-tiba,hati Nita ingin sangat melihat keadaan Haikal yang pernah menyebabkan cinta pertamanya mati.Nita dengan segeranya mencapai sweater biru dan tudung sarung yang berwarna biru juga.Nita mencapai kunci kereta ayahnya dan segera menghidupkan enjin kereta itu. Nita memulakan perjalannya ke penjara Rawang.Sesampai Nita di sana,Nita berlalu masuk ke dalam penjara itu dan bertanya jika ada penghuni di penjara ini yang bernama Haikal atau nama penuhnya Haikal Ariffin bin Muhammad.Tetapi,Nita agak terkejut kerana diberitahu oleh pihak polis itu bahawa Haikal telah dikeluarkan dari penjara ini beberapa bulan selepas Nita melanjutkan pengajiannya di Jepun.Pihak polis itu juga mengatakan bahawa Haikal telah berkahwin dengan seorang wanita yang beragama dan sangat lemah lembut yang bernama Fatin Ahniah.Nita kemudiannya meminta alamat Haikal yang terkini.Pihak polis memberikan alamat itu dan sesampainya nota kecil itu ditangan Nita,Nita sepantas kilat berlalau dan segera ke alamat yang ditulis oleh pihak polis itu tadi.Sesampainya Nita di,Taman Embah ,2344,Jalan Zia.Nita keluar dari keretanya dan agak terkejut kerana rumahnya sebesar rumah Nita.Rumah banglo yang mempunyai dua buah kereta yang kedua-duanya amat berjenama.Nita kemudiannya menekan loceng rumah itu dan disambut oleh seorang lelaki yang memegang seorang bayi yang amat comel.Wajah dan rupa paras lelaki itu amat mirip kepada Haikal.Nita yakin ianya pasti Haikal!Lelaki yang memgang bayi comel itu membuntangkan matanya apabila mendapati tetamunya itu ialah Nita!Nita yang berdendam dengannya.Lalu dengan segera,Haikal membuka pintu rumahnya kerana Haikal pasti Nita kesini kerana ingin memaafkannya.Nita memberi salam kepada haikal sebaik pintu itu dibuka."Assalamuailaikum,Haikal"Nita memberi salam dengan muka yang paling baik yang pernah Haikal lihat.Selepas itu,seorang perempuan yang berjilbab atau bertudung labuh datang dan berdiri di sisi Haikal.Nita yakin itulah isteri Haikal,Fatin Ahniah.Wajah Fatin amat suci dan Nita berbangga kerana Haikal memilih perempuan yang bersopan dan berpegangan kuat pada agamanya.Kemudiannya,Haikal memperkenalkan Nita pada isterinya dan Fatin kepada Nita.Lalu,Fatin bercakap."Inikah Nita yang selalu dibicarakan oleh abang?Nita sangat cantik apatah lagi apabila mengenakan tudung yang amat manis dipandang,"Nita amat terkejut tatkala terdengar suara Fatin yang sangat merdu dan lembut itu.Fatin yang mengerti siapa Nita itu segera berlalu kedalam kerana Fatin tahu itulah cinta pertama suaminya itu.Fatin mengeluarkan suaranya lagi"Abang,Fatin kedalam dahulu membuat air kopi dan abang bersembanglah dahulu dengan Nita.Meh sini Zainuddin tu.Abang layan dahulu Nita,Nita kan tetamu kita."Nita kemudiannya diajak masuk oleh Haikal dan bersembang mengenai bermacam-macam perkara.Nita amat gembira kerana Haikal amat menyayangi isterinya dan anaknya yang tercinta,Syeikh Zainuddin.Nita juga gembira apabila isterinya,Fatin menerima baik Nita.Walaupun kedatangan Nita agak mengejutkan,tetapi bagi Fatin,ianya adalah biasa baginya.Fatin juga berpesan,datanglah selalu dan jika ada masalah,datanglah memberitahu kami.Insya-Allah kami boleh membantu.Nita hanya membalasnya dengan anggukan.


0 comments: