BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Saturday, April 9, 2011

Chapter 5(A....Bright Hope)

   Pada pagi yang hening itu,Nita sudah pun bersiap sedia dan baju-bajunya sudah pun dimasukkan kedalam bagasinya.Nita sudah bersedia untuk ke Jepun kembali!Nita turun menuruni tangga rumah banglonya itu dengan senyuman kegembiraan.Nita akan bertolak ke Jepun pada jam 9pagi.Jam ditangan Nita menunjukkan jam 7:50 pagi.Sungguh awal sekali Nita bangun dari tidurnya.Mana tidak,dia akan ke Jepun untuk melakukan sesuatu misi!Nita masih ingat lagi akan misinya untuk berjumpa dengan Hikaru-kun.Remaja lelaki yang dipuja beribu-ribu remaja perempuan di Jepun tetapi telah mati dek kerana tsunami berskala kuat.Nita mendapat semangat untuk ke Jepun terima kasih kepada isteri Haikal,Fatin!Dia yang memberi semangat dan idea ini kepada Nita semalam.

                                      ---------------------------------------_----------------------------------------
NIta tiba-tiba menjadi senyap dan terus menundukkan kepalanya apabila Fatin tiba-tiba mengeluarkan perkataan 'masalah'.Fatin mengerti mengapa Nita tiba-tiba menjadi senyap begitu.Fatin bersuara lagi,"Nita,beritahulah masalah Nita kepada Fatin.Insya-Allah,Fatin akan memberi semangat dan jalan penyelesaiannnya kepada Nita.Segala masalah pasti ada jalan penyelesainnya.Beritahulah Fatin,wahaiNita",Nita mengangkat mukanya dan Fatin terkejut kerana muka Nita sudah dibasahi dengan air mata yang jatuh berjurai-jurai."Ya Allah Nita!Mengapa ni?Beritahu Fatin apa masalah Nita sekarang ni?"Fatin dengan segera mengusap kepala Nita dan meletakkan kepala Nita dibahunya.Nita dengan tersedu-sedan memberitahu masalahnnya yang amat perit."Fatin,macam mana kita nak menghilangkan rasa rindu kita pada orang yang amat kita sayangi?"Nita mula bertanyakan soalannnya.Fatin hanya tersenyum dan memberitahu"Jika kita memang benar merindui orang yang amat kita sayangi,pergilah ketempat di maan kita berjumpanya buat pertama kali dan hilangkanlah rasa rindu kita disana.Menjertlah sekuat hati Nita disana dan apabila rindu kita sudah terubat,segeralah Nita berpuas hati.,"Fatin memberi pesanan ringkas buat Nita.Nita terus menyeka air matanya dari terjatuh lagi dan berterima kasih yang teramat kepada Fatin atas jalan penyelasian masalahnya itu.Kemudian,Fatin memberitahu lagi,"Jika Nita ingin berterima kasih kepada saya,berterima kasihlah dahulu kepada Tuhan.Dia yang meberi saya penyelasaian bagi masalah Nita ini,"Fatin menghabiskan kata-katanya dengan senyuman keikhlasan.
                     --------------------------------------------_------------------------------------
Nita kemudiannya bercadang untuk ke sesuatu tempat yang amat dirinduinya.Sementara masa masih ada sebelum flight ke Jepun,Nita ingin ke sesuatu tempat dahulu.Nita meletakkan bagasinya  di belakang kereta dan menyalam ibu dan ayahnya sebelum ke Jepun.Nita akan berada di Jepun selama  3 hari bagi melepaskan rindunya di Jepun itu.Nita memulakan perjalannya menuju ke sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Seri Menanti.Sesampainya Nita di sekolah itu,Nita meminta izin dengan pengawal sekolah itu dan berlalu ke padang sekolah itu.Nita melangkahkan kakinya ke rumput yang masih basah dek kerana air embun.Nita duduk dibangku yang pernah dia duduk berasama rakan -rakannya dahulu.Nita juga memasuki ke stor dimana Amir dibunuh  dahulu.Nita tidak dapat mengwal perasaanya dan air matanya terjurai-jurai turun.Nita melangkah keluar dari bilik stor itu dan duduk di bangku itu tadi.Nita tiba-tiba berbaring  di bangku itu dan melelapkan matanya sebentar.ZAP!~Nita tersentak!Matanya terbuntang luas tatkala bunyi itu menyergah telinganya itu.Nita melihat jam tangannya dan ianya 8:30 pagi!Nita dengan segera bangun tetapi Nita tidak lupa akan pesanan Fatin"Aku akan always beside you Amir!Also,always remeber you Amir!"Nita menjerit sekuat hatinya dan berlalu.Nita akan merindui Amir.Sesampainya Nita di lapangan terbang Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa sekejap sahaja itu,Nita segera mengambil bagasinya dan berlalu masuk ke dalam lapangan terbang itu.Selesai segala urusan,Nita duduk menunggu sebentar di kerusi menunggu.Masa untuk ke Jepun telah tiba,Nita menaiki pesawatnya dan duduk di kerusi berseorangan.Nita akan gunakan peluang yang ada ini untuk melepaskan kerinduannya pada negara yang banyak memberi kenangan pahit dan manis serta pengalaman yang amat perit untuk ditanggungnya seorang diri.Pesawatnya berlepas dan terbang di awan biru.Nita terlelap dalam perjalanan ke Jepun.Hanya mimpi sahaja yang Nita mengiringi Nita ke Jepun.                    

0 comments: