BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Saturday, April 16, 2011

Chapter 7( Happy life like Fairytale)

   Nita masuk semula ke dalam teksi itu dan menyuruh pemandu teksi itu memulakan perjalanannya dari Fukushima ke Tokyo.Nita  menyimpan nota itu didalam tas tangannya dan melihat sejenak wajah bayi comel yang diberi nama Mika oleh Hikaru.Sungguh indah nama itu.Nita kemudiannya mula membuang pandangannya keluar pula.
                                   ----------------------------------_----------------------------------
Nita membuka pintu yang berwarna krim itu.Nita kemudiannya meletakkan bayi yang bernama Mika itu diatas katil kerana Mika masih dibuai mimpi indah.Nita memulakan penyusunan baju-bajunya ke dalam almari yang disediakan.Selesai melakukan kerja-kerja itu,Nita mencapai kot sejuk dan topi sejuk untuk keluar sebentar.Nita meninggalkan Mika didalam itu tetapi tidak lupa untuk menyimpannya di tempat yang agak tersorok sedikit tetapi masih boleh bernafas agar Mika tidak diculik.Nita mengunci tombol pintu itu dan mula mendaftar ingin keluar sebentar kepada orang yang menjaga kaunter itu.Nita menetap di hotel yang mewah sekali di Tokyo itu.Oleh kerana wang yang dibawa Nita agak melampau,Nita menggunakan duit itu untuk menyewa hotel yang mahal agar Mika selesa bersamanya.Nita mula berjalan kaki menuju ke kedai yang sememangnya diperlukan olehnya sekarang.Nita mencari kedai bayi untuk Mika yang baru berumur 9 bulan itu.Nita masuk ke dalam kedai itu dan mencari barang-barang keperluannya seperti kereta sorong,baju-baju bayi,(Nita membelinya sebanyak 10 pasang!),keperluan makanan bayi dan juga pampers bayi.Selepas itu,Nita segera pulang ke hotelnya sesudah membeli barang keperluan untuk bayi yang bernama Mika itu.Nita membuka tombol pintu dan segera mencari Mika.Nita menghembus nafas lega apabila Mika masih selamat disitu.Nita kemudiannya memandikan Mika,memakaikannya baju  dan juga pamper,memberinya makan dan akhirnya Nita bercadang ingin membawa Mika keluar bersiar-siar.Nita mengeluarkan kereta sorong yang comel itu dan mula menyorong Mika.Nita tahu dimana harus dibawa Mika ini.Nita berjalan di taman yang menghijau sahaja.Mika juga mula mengeluarkan tawa kecilnya.Nita tahu bahawa Mika menyukainya.Nita juga dapat merasakan ketenngan yang dapat dirasainya apabila angin lembut itu menghembus ke seluruh tubuhnya.Memang menenangkan.Nita berhenti disebuah bangku apabila kakinya mula berasa lenguh.Nita duduk sambil meletakkan Mika dihadapannya agar keselamatan Mika terjamin.Nita mula memikirkan saat hidupnya yang seperti sebuah drama bersiri ini.Pertama,Nita berjumpa dengan Amir,cinta pertamanya kemudiannya menjadi cinta pertama dan terakhir buatnya,Kedua Nita berjumpa dengan Mizuki dan Hikaru yang menerangi semula kehidupan Nita yang gelap sahaja selama ini tetapi mati juga.Tetapi, selepas itu,Nita sedar bahawa itulah yang dikatakan cubaan Tuhan bagi hambaNya yang lemah ini.Nita mula menerima takdir itu.Dan sekarang,orang baru muncul dalam hidupnya dan Nita berharap agar bayi comel ini tidak akan ke mana-mana.Nita akan menjaganya se-elok yang boleh.
 Dua tahun kemudian......
  Nita berbaring dibangku tempat dia menunggu Amir suatu ketika dahulu.Nita hanya senyap memikirkan bahawa hidupnya kini banyak yang berubah.Segala-galanya berubah.Tetapi,Amir,Mizuki dan Hikaru tidak pernah walau sesaat pun dilupakan oleh Nita.Nita cuma berharap kehidupannya masih gembira di masa hadapan seperti sekarang.
   Mama!
Satu suara memanggil Nita dan ianya adalah Mika.Mika sudah dua tahun dan masih tidak tahu siapakah ayahnya.Mika secantik dan secomel Nita tatkala Nita masih kecil."Mika jumpa gambar Mama dalam stor itu.Ni ha"Nita mengambil gambar itu dan tahu bahawa itulah hadiah hari jadinya yang diberi oleh Amir."Meh sini Mika.Jom balik.Nenek dengan atuk mesti tunggu kita.Jom"
               Amir......
              Aku tak akan pernah lupa kenagan diantara kita
              Mizuki....
              Kawan yang paling comel yang pernah aku ada!
               Hikaru....
               Mika sudah pun secantik aku sekarang.
Aku sentiasa sihat disini.Aku harap korang semua sentiasa bahagia disana.Aku akan sentiasa harapkan kesejahteraan korang semua.Aku masih dilamun cinta oleh kenangan korang semua.Sentiasa~
                                                                                                                                    -The End-



0 comments: