BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Tuesday, April 5, 2011

Chapter 2(If Someone Could Fix It)

    Nita berlalu pergi ke biliknya selepas mengambil wuduk.Nita telah mula mendekatkan dirinya pada Yang Esa selepas apa yang menimpanya selama ini.Nita masih ingat,ustazah sekolah rendahnya pernah memberitahunya bahawa setiap dugaan yang menimpa pasti ada sebabnya.Mungkin kerana Yang Esa ingin memberi peringatan kepada kita untuk mendekatkan diri kepadanya dan kerana ingin menguji hambanya,apakah hambanya boleh menerima takdirnya atau sebaliknya.Nita hanya senyum tawar apabila mengingati pesana ustazahnya yang sudah lama ditinggalkannya.Nita menyarung kain solatnya dan telekung untuk memulakan solatnya.Selesai solat,Nita menyedekahkan yassin untuk orang yang disayanginya iaitu Amir.Untuk Hikaru dan Mizuki,Nita hanya mampu merindui mereka kerana mereka mati dalam keadaan seorang yang kafir.Jadi,hukuman di sana menanti mereka.Nita memang tidak mengharap roh mereka sejahtera tetapi Nita mengharap mereka bertiga bersama Nita.Selesai membaca surah yassin,Nita kembali ke kerusi di luar rumahnya.Biararpun suasana agak gelap kerana sudah masuknya waktu malam bagi sekalian makhluk di Malaysia.Nita membawa keluar lampu atau lebih sinonim kepada pelita.Nita juga memegang erat gambar dan lirik lagu itu.Nita masih tidak mahu melepaskan benda yang ditinggalkan orang yang disayanginya itu.Walau umur Nita sudah memasuki 23 tahun tetapi hatinya tidak terbuka langsung untuk berpasangan-pasangan ini kerana Nita sudah pun mempunyai orang yang disayangi dan menyayanginya.Mereka bertiga akan kekal didalam hati Nita.Nita tidak kisah jika digelar'anak dara tua'kerana hatinya tidak terbuka walau seinci pun untuk mmpunyai pasangan hidup.Nita duduk di kerusi itu dan menung terlalu jauh sehingga tidak perasan adiknya berada betul-betul di hadapannya.Adiknya yang bernama Nur Miza Batrisya atau lebih dikenali dengan Miza itu sudah pun menepuk-nepuk bahu kakaknya yang hanya termenung itu.Miza sudah cemas apabila air mata mengalir secara drastiknya dari mata Nita yang cantik itu.Kemudian,Miza memanggil nama kakaknya itu sekuat-kuatnya sehingga Nita tersentak dan terjatuh dari kerusinya.Miza hanya tergelak kecil sahaja.Nita dengan segeranya memarahi adiknya itu.Nita kemudiannya berlalu pergi dari situ.Miza dengan pantas menarik tangan kakaknya itu dan menyuruhnya duduk kembali.Nita hanya akur kerana dia sudah tidak mepunyai apa-apa tenaga untuk memarahi adiknya itu lagi kerana dia tidak makan apa-apa dari petang tadi.Miza kemudiannya bersuara"Kak Nita mengapa?Sejak kembali dari Jepun,Kak hanya muram dan ayah dan ibu menyangka kakak trauma tetapi Miza tidak merasa begitu.Miza lihat kak Nita hanya termenung dan melihat gambar itu dan kertas itu lalu kakak menangis.Kak Nita cuba ceritakan apa yang berlaku.Mungkin Miza boleh membantu kakak.Miza akan cuba sedaya upaya."Miza memandang kakaknya dengan harapan kakaknya memberitahu apa yang berlaku.Nita memulakan ceritanya dan Nita mengakhiri ceritanya dengan esak tangis yang mebuatkan Miza turut bersimpati dengan keadaan kakaknya itu.Miza kemudian berkata,"Kak Nita,mengapa kak kenangkan apa yang telah berlaku?Kak Nita tidak patut berkalakuan begini hanya kerana kak Nita kehilangan orang yang kak Nita sayangi.Orang lain juga pernah merasai keperitan ini.Miza memberikan cara yang berkesan untuk kak Nita melupakan kejadian ini"Miza mencapai pen di dalam begnya itu dan mencapai sehelai kertas kecil.Miza kemudiannya menulis.Kemudian,Miza menghulurkan kertas itu kepada Nita.Nita hanya termenung sahaja.Miza hanya tersenyum dan meletakkan kertas itu di sebalik gambar yang dari tadi dipegang Nita.Selepas itu,Miza berlalu pergi untuk ke kelas tuisyennnya.Selepas 20 minit,barulah Nita sedar dan berlalu pergi.Sedang Nita berjalan,sehelai kertas kecil terjatuh dan Nita mengambilnya.Nita hanya tersenyum saat dia membaca bait-bait perkataan yang ditulis oleh adiknya,Miza.Miza memang ingin menolongnya.
      5 Cara untuk melupakan kenangan lalu.

  • Sentiasa mendekatkan diri kepada yang Esa.
  • Sentiasa menyibukkan diri dengan kerja atau apa-apa sahaja.
  • Sentiasa senyum.
  • Tidak terlalu kerap melihat benda kenangan antara kita dan dia.
  • Harus memulakan hidup yang baru.
Dan yang paling penting,harus cari pasangan hidup!Moga-moga cara ini berkesan untuk kak Nita.Cheer Up!  :)
Nita menyimpan kertas itu disebalik gambarnya bersama Mizuki.Nita tidur dengan lena buat pertama kalinya selepas apa yang berlaku.Nita merasakan Miza telah mengubati hatinya yang terluka ini.Nita tidur selena-lenanya selepas solat isyak.




0 comments: