BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Thursday, April 7, 2011

Chapter 3(Cheerful Day!)

  Nita keluar dari biliknya selepas siap berbaju kurung dan mengenakan tudung yang sepadan dengan baju kurungnya.Nita keluar dari biliknya dengan senyuman yang lebar sehingga ibu bapanya berasa pelik akan perubahan sikap Nita yang dahulunya muram sahaja tetapi sekarang anaknya yang sudah besar gepung itu kembali ceria seperti yang asalnya.Nita memikirkan bahawa perubahan sikapnya itu pasti sesuatu yang membanggakan baginya.Semuanya atas berkat pertolongan adiknya,Miza.Nita sudah pun menggunakan kelima-lima cara itu dan memang agak berkesan walaupun pada mulanya agak susah kerana cara dimana harus menjauhkan diri dari melihat benda kenangan itu memang agak susah.Tetapi,atas usahanya,Nita berjaya juga akhirnya.Nita berhasrat ingin keluar bandar kerana sudah terlalu lama selepas dia pulang dari Jepun.Nita hanya duduk membisu sahaja selepas pulang dari Jepun. Nita pergi ke bandar dengan menaiki kereta milik ayahnya.Nita memang sudah mempunyai lesen sebelum ke Jepun lagi.Tiba-tiba,Nita ternampak basikal adiknya yang agak mirip basikal yang pernah dinaikinya iaitu basikal Mizuki.Nita kemudiannya cepat sahaja menggeleng kerana tidak mahu mood cerianya berubah hanya kerana sebuah basikal!Nita kemudiannya memulakan perjalannya selepas dia menghidupkan enjin keretanya.
           ----------------------------_-----------------------------------
Nita tiba di bandar selepas mengambil kira-kira 2 jam untuk tiba.Memang tidak jauh dan tidak dekat.Hanya sederhana.Nita melangkah keluar dari kereta Wiranya yang berwarna kelabu itu.Nita agak terkejut kerana segala-galanya memang berubah secara drastik!Nita kemudiannya memulakan perjalanan kakinya ke sebuah kedai yang amat sinonim akan dirrinya ketika di sekolah menengah iaitu Perpustakaan Awam.Nita masih ingat dia dan rakan-rakannya sering pergi ke situ jika ingin membuat apa-apa urusan tetapi bukan urusan membaca.Urusan seperti komputer ataupun bercakap tentang hal peribadi.Nita terkejut apabila perpustakaan yang sudah 3 tahun ditinggalkannya itu terlalu cantik kerana sudah dicat dengan warna putih dan merah.Memang klasik!Nita melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu dan memang matanya bersinar-sinar kerana segalanya berubah!Langsirnya sudah bertukar,mejanya sudah ditukarkan posisinya dan.....segalanya berubah!Nita mula mengambil sebuah buku iaitu'Impiana'.Buku itu amat diminatinya dan rakan-rakannya.Buku itu ditulis oleh penulis terkenal iaitu Ain Maisarah.Nita amat meminati siri Impiana dan juga buku Aku Mahu....yang lain dari Ain Maisarah.Nita tergerak hatinya ingin meminjam dan berlalu ke kaunter peminjaman.Nita terlihat satu tabung derma yang tertera disitu 'Tabung Derma Tsunami Jepun'.Nita mengeluarkan wang sepuluh ringgit dan memasukkan ke dalam tabng itu.Moga-moga duit ini dapat disumbangkan kepada mangsa tsunami walau Nita tahu wang itu tidak dapat mengembalikan nyawa Mizuki dan Hikaru.Selesai sesi peminjaman,Nita ingin ke pasaraya untuk membeli- belah sedikit baju kurung dan tudung.Nita menghabiskan selama 2 jam untuk membeli- belah.Azan zohor berkumadang dan Nita terus menghentikan pembeliannya dan ingin ke surau yang berdekatan.Selesai solat zuhur,Nita ingin memenuhi perutnya dan segera ke kedai mamak untuk menikmati hidangan.Akhirnya,lawatan Nita ke bandar itu sudah selesai dan Nita pulang kerumahnya pada jam 3 petang.
                                ---------------------------------_---------------------------------
Selesai solat isyak,Nita menghabiskan sedikit masanya dengan membaca buku Impiana.Nita kadang-kadang menunjukkan eksperasi gembira,terkejut dan takut.Memang seronok sekali buku yang dibacanya itu.Selesai menghabiskan satu buku,Nita menyambung Impiana 2 pula.Memang pantas sungguh  Nita membaca.Nita melihat jam di dindingnya dan ianya 11 malam!Nita segera menutup buku itu dan mematikan suis biliknya.Nita meletakkan bukunya di sebelah katilnya.Nita kemudian mengambil sesuatu benda yang terjatuh.Nita tidak nampak dan Nita mebuka kembali lampu biliknya.Nita kembali muram apabila gambar itu ialah gambar Mizuki.Nita menangis sekali lagi selepas lawatan yang ceria itu.Nita menghabiskan sebak dadanya pada malam itu berseorangan tatkala yang lain nyenyak dibuai mimpi.Nita hanya mampu menangis sahaja pada masa itu.

0 comments: