BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Saturday, April 23, 2011

Anyeong sumew!:)

 Wah..wah dh lamew jgk an aku x update my blog nie sbb aku buzy update blog owang laen....so...aku dh lmew jgk x wat citer!Lmew korunk sumew tnggu citer aku ye(klau dew)...ok..tuk citer kali ini aku nk wat citer psal kwn aku at school......aku nk wat kisah aku n fwendz aku at sekolah menengah nie...aku nk kongsi ngan korunk sumew psal kisahku kt skool...kdanng2 adew sdih,bad mood:(...gembira n many more feelings...tuk tajuk citer aku yg ke-4 nie..ialah...What's going to me at school?...agak panjang but hope korunk skew lah dngan citer aku nie...aku akan kluarkan chapter 1 maybe,...pdew ari selasa...or rabu..so just wait jewlah yew~

Saturday, April 16, 2011

Chapter 7( Happy life like Fairytale)

   Nita masuk semula ke dalam teksi itu dan menyuruh pemandu teksi itu memulakan perjalanannya dari Fukushima ke Tokyo.Nita  menyimpan nota itu didalam tas tangannya dan melihat sejenak wajah bayi comel yang diberi nama Mika oleh Hikaru.Sungguh indah nama itu.Nita kemudiannya mula membuang pandangannya keluar pula.
                                   ----------------------------------_----------------------------------
Nita membuka pintu yang berwarna krim itu.Nita kemudiannya meletakkan bayi yang bernama Mika itu diatas katil kerana Mika masih dibuai mimpi indah.Nita memulakan penyusunan baju-bajunya ke dalam almari yang disediakan.Selesai melakukan kerja-kerja itu,Nita mencapai kot sejuk dan topi sejuk untuk keluar sebentar.Nita meninggalkan Mika didalam itu tetapi tidak lupa untuk menyimpannya di tempat yang agak tersorok sedikit tetapi masih boleh bernafas agar Mika tidak diculik.Nita mengunci tombol pintu itu dan mula mendaftar ingin keluar sebentar kepada orang yang menjaga kaunter itu.Nita menetap di hotel yang mewah sekali di Tokyo itu.Oleh kerana wang yang dibawa Nita agak melampau,Nita menggunakan duit itu untuk menyewa hotel yang mahal agar Mika selesa bersamanya.Nita mula berjalan kaki menuju ke kedai yang sememangnya diperlukan olehnya sekarang.Nita mencari kedai bayi untuk Mika yang baru berumur 9 bulan itu.Nita masuk ke dalam kedai itu dan mencari barang-barang keperluannya seperti kereta sorong,baju-baju bayi,(Nita membelinya sebanyak 10 pasang!),keperluan makanan bayi dan juga pampers bayi.Selepas itu,Nita segera pulang ke hotelnya sesudah membeli barang keperluan untuk bayi yang bernama Mika itu.Nita membuka tombol pintu dan segera mencari Mika.Nita menghembus nafas lega apabila Mika masih selamat disitu.Nita kemudiannya memandikan Mika,memakaikannya baju  dan juga pamper,memberinya makan dan akhirnya Nita bercadang ingin membawa Mika keluar bersiar-siar.Nita mengeluarkan kereta sorong yang comel itu dan mula menyorong Mika.Nita tahu dimana harus dibawa Mika ini.Nita berjalan di taman yang menghijau sahaja.Mika juga mula mengeluarkan tawa kecilnya.Nita tahu bahawa Mika menyukainya.Nita juga dapat merasakan ketenngan yang dapat dirasainya apabila angin lembut itu menghembus ke seluruh tubuhnya.Memang menenangkan.Nita berhenti disebuah bangku apabila kakinya mula berasa lenguh.Nita duduk sambil meletakkan Mika dihadapannya agar keselamatan Mika terjamin.Nita mula memikirkan saat hidupnya yang seperti sebuah drama bersiri ini.Pertama,Nita berjumpa dengan Amir,cinta pertamanya kemudiannya menjadi cinta pertama dan terakhir buatnya,Kedua Nita berjumpa dengan Mizuki dan Hikaru yang menerangi semula kehidupan Nita yang gelap sahaja selama ini tetapi mati juga.Tetapi, selepas itu,Nita sedar bahawa itulah yang dikatakan cubaan Tuhan bagi hambaNya yang lemah ini.Nita mula menerima takdir itu.Dan sekarang,orang baru muncul dalam hidupnya dan Nita berharap agar bayi comel ini tidak akan ke mana-mana.Nita akan menjaganya se-elok yang boleh.
 Dua tahun kemudian......
  Nita berbaring dibangku tempat dia menunggu Amir suatu ketika dahulu.Nita hanya senyap memikirkan bahawa hidupnya kini banyak yang berubah.Segala-galanya berubah.Tetapi,Amir,Mizuki dan Hikaru tidak pernah walau sesaat pun dilupakan oleh Nita.Nita cuma berharap kehidupannya masih gembira di masa hadapan seperti sekarang.
   Mama!
Satu suara memanggil Nita dan ianya adalah Mika.Mika sudah dua tahun dan masih tidak tahu siapakah ayahnya.Mika secantik dan secomel Nita tatkala Nita masih kecil."Mika jumpa gambar Mama dalam stor itu.Ni ha"Nita mengambil gambar itu dan tahu bahawa itulah hadiah hari jadinya yang diberi oleh Amir."Meh sini Mika.Jom balik.Nenek dengan atuk mesti tunggu kita.Jom"
               Amir......
              Aku tak akan pernah lupa kenagan diantara kita
              Mizuki....
              Kawan yang paling comel yang pernah aku ada!
               Hikaru....
               Mika sudah pun secantik aku sekarang.
Aku sentiasa sihat disini.Aku harap korang semua sentiasa bahagia disana.Aku akan sentiasa harapkan kesejahteraan korang semua.Aku masih dilamun cinta oleh kenangan korang semua.Sentiasa~
                                                                                                                                    -The End-



Friday, April 15, 2011

Chapter 6(A Lovely Live)

   Nita tersentak apabila bahunya disentuh seseorang.Nita membuka matanya perlahan-lahan dan ianya pramugari yang bertugas di pesawat yang dinaikinya tadi.Nita memberi sekuntum senyuman kepada pramugari itu dan terus berlalu.Nita menuruni tangga pesawatnya dan Nita melihat gambaran yang pernah dilihatnya dahulu iaitu negara Jepun.Negara Jepun sekarang ini seperti negara yang tidak punya apa-apa kerana tsunami itu.Tsunami itu membawa impak yang teramat besar kepada Jepun kerana Jepun sebuah negara yang maju dan kaya dengan teknologinya.Sekarang,segala-galanya musnah,bagaimana negara ini hendak membangun kembali?Nita berjalan mencari teksi sambil menarik bagasi pakaiannya yang besar itu.Nita menahan sebuah teksi yang berwarna hitam putih dan Nita memberitahu lokasi yang akan dia pergi.Pemandu teksi tua itu agak terkejut dengan permintaan gadis yang tidak dia kenal kerana Nita ingin ke Fukushima.Tempat Hikaru dan Mizuki mati dek kerana tsunami berskala besar.Pemandu teksi itu hanya akur sahaja.
                               --------------------------------_----------------------------------
Teksi itu sudah pun memberhentikan tayar empatnya dari bergerak.Nita turun dari teksi itu dan mengambil bagasi pakaiannya dibelakang dan memberi duit tambang kepada pemandu teksi itu.Angin lembut menampar lembut muka Nita dan secara tidak langsung seluruh tubuhnya ditampar lembut oleh angin yang teramat menenangkan itu.Nita berjalan melepasi setiap rumah yang hancur.Nita menangis melihat rumah-rumah yang telah musnah itu.Pasti itu amat memeritkan bagi mereka.Nita berhenti apabila sampai disebuah rumah yang beratap biru.Nita berjalan mengililingi rumah itu dan berhenti pada suatu sudut.Nita merebahkan lututnya lalu Nita terduduk disitu sambil menangis sendirian.Nita tahu itulah rumah dimana dia menemui Hikaru di kaca tv,dia mengetahui segala maklumat tentang Hikaru dan disitulah dia menunggang basikal buat pertama kalinya.Nita mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan meletakkan gambar tersebut dikerusi yang masih kukuh walaupun sudah rosak.Disitulah Mizuki sering menghabiskan masanya membaca buku.Mizuki memang gemar membaca buku tentang sejarah-sejarah manusia dan bumi ini.Nita masih ingat lagi tatkala dia menganggu saat membaca Mizuki,Mizuki terus mengeluarkan muka singanya yang terus membuat Nita berhenti dari menggangunya.Nita hanya tersenyum sahaja apabila mengingatkan kenangan itu.Nita meletakkan gambar itu di situ dengan harapan gambar itu boleh sampai kepada Mizuki.Nita berjalan lagi melepasi rumah yang hancur teruk itu dan sekali lagi Nita berhenti di rumah yang berbumbung hitam itu.Nita tidak mengililingi tetapi hanya melihat sahaja kerana rumah itu sudah tidak ada apa-apa lagi.Tetapi,Nita menjumpai gitar yang pernah digunakan oleh Hikaru.Nita kemudiannya mengeluarkan kertas yang mengandungi lirik lagu 'Someday'.Nita lalu meletakkan lirik itu disamping gitar yang masih lagi baik itu.Nita masih ingat lagi Hikaru pernah mengajarnya cara bermain gitar tetapi tidak habis pelajarannya kerana Hikaru sudah pergi selama-lamanya.Nita berlalu pergi dari situ dengan mengharapkan Hikaru boleh menyanyikan semula lagu itu.Nita kemudiannya berdiri dipenjuru suatu sudut dan melaungkan dengan sekuat hatinya.'Adakah Mizuki boleh melihat gambar itu?Ya!'...'Adakah Hikaru boleh menanyikan lagu itu semula untukku?Ya!'Nita menjerit sekuat hatinya dengan harapan mereka boleh mendengarnya.Nita berlalu dari situ sambil angin lembut mengiringinya sehingga dia menahan sebuah teksi.Nita  ingin mencari sebuah tempat penginapan untuknya bermalam.Tiba-tiba,saat teksi itu hendak memulakan perjalannya,seorang wanita yang agak tua berlari sambil menggendong seorang bayi comel kecil yang menangis.Nita kemudiannya menyuruh pemandu teksi itu berhenti.Nita membuka pintu teksi itu dan wanita itu yang sudah pun termengah-mengah berhenti betul-betul dihadapan Nita.Wanita itu kemudiannya memberikan bayi yang didalam gendongannya itu kepada Nita.Nita agak terkejut.Kemudian wanita itu memberikan Nita nota.Wanita itu terus berlalu.Nita agak terkejut!'Siapakah ibu bapa bayi ini?Mengapa bayi ini diberi kepada Nita?',bisik Nita.Kemudian,Nita membaca nota itu.Nita membulatkan matanya apabila ianya ialah tulisan Hikaru.Nita membaca bait-bait perkataan didalam nota itu.Nita hanya tersenyum apabila membaca nota itu.
        Hi!
       I think when you read this letter i will not be by your side anymore.
      Nita,the moment you take the baby,the baby is yours.
      Actually,this is my adopt daughter.I really want to have a child before i die.
     I had a disease that calls cancer.Doctor said my life is short.So,i think that i better give this child to u.Hope u can take care this child and let her be a very pretty girl like you.I really want to had a child especially with u.Because,i already promise to myself that i will let u wear a silver dress one day.Hope,u can take care this child as your own child.When she grow up,say to her that i am her father.See you again Nita!Ai shi te ru!:)


あなたを愛して...always love you.



Saturday, April 9, 2011

Chapter 5(A....Bright Hope)

   Pada pagi yang hening itu,Nita sudah pun bersiap sedia dan baju-bajunya sudah pun dimasukkan kedalam bagasinya.Nita sudah bersedia untuk ke Jepun kembali!Nita turun menuruni tangga rumah banglonya itu dengan senyuman kegembiraan.Nita akan bertolak ke Jepun pada jam 9pagi.Jam ditangan Nita menunjukkan jam 7:50 pagi.Sungguh awal sekali Nita bangun dari tidurnya.Mana tidak,dia akan ke Jepun untuk melakukan sesuatu misi!Nita masih ingat lagi akan misinya untuk berjumpa dengan Hikaru-kun.Remaja lelaki yang dipuja beribu-ribu remaja perempuan di Jepun tetapi telah mati dek kerana tsunami berskala kuat.Nita mendapat semangat untuk ke Jepun terima kasih kepada isteri Haikal,Fatin!Dia yang memberi semangat dan idea ini kepada Nita semalam.

                                      ---------------------------------------_----------------------------------------
NIta tiba-tiba menjadi senyap dan terus menundukkan kepalanya apabila Fatin tiba-tiba mengeluarkan perkataan 'masalah'.Fatin mengerti mengapa Nita tiba-tiba menjadi senyap begitu.Fatin bersuara lagi,"Nita,beritahulah masalah Nita kepada Fatin.Insya-Allah,Fatin akan memberi semangat dan jalan penyelesaiannnya kepada Nita.Segala masalah pasti ada jalan penyelesainnya.Beritahulah Fatin,wahaiNita",Nita mengangkat mukanya dan Fatin terkejut kerana muka Nita sudah dibasahi dengan air mata yang jatuh berjurai-jurai."Ya Allah Nita!Mengapa ni?Beritahu Fatin apa masalah Nita sekarang ni?"Fatin dengan segera mengusap kepala Nita dan meletakkan kepala Nita dibahunya.Nita dengan tersedu-sedan memberitahu masalahnnya yang amat perit."Fatin,macam mana kita nak menghilangkan rasa rindu kita pada orang yang amat kita sayangi?"Nita mula bertanyakan soalannnya.Fatin hanya tersenyum dan memberitahu"Jika kita memang benar merindui orang yang amat kita sayangi,pergilah ketempat di maan kita berjumpanya buat pertama kali dan hilangkanlah rasa rindu kita disana.Menjertlah sekuat hati Nita disana dan apabila rindu kita sudah terubat,segeralah Nita berpuas hati.,"Fatin memberi pesanan ringkas buat Nita.Nita terus menyeka air matanya dari terjatuh lagi dan berterima kasih yang teramat kepada Fatin atas jalan penyelasian masalahnya itu.Kemudian,Fatin memberitahu lagi,"Jika Nita ingin berterima kasih kepada saya,berterima kasihlah dahulu kepada Tuhan.Dia yang meberi saya penyelasaian bagi masalah Nita ini,"Fatin menghabiskan kata-katanya dengan senyuman keikhlasan.
                     --------------------------------------------_------------------------------------
Nita kemudiannya bercadang untuk ke sesuatu tempat yang amat dirinduinya.Sementara masa masih ada sebelum flight ke Jepun,Nita ingin ke sesuatu tempat dahulu.Nita meletakkan bagasinya  di belakang kereta dan menyalam ibu dan ayahnya sebelum ke Jepun.Nita akan berada di Jepun selama  3 hari bagi melepaskan rindunya di Jepun itu.Nita memulakan perjalannya menuju ke sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Seri Menanti.Sesampainya Nita di sekolah itu,Nita meminta izin dengan pengawal sekolah itu dan berlalu ke padang sekolah itu.Nita melangkahkan kakinya ke rumput yang masih basah dek kerana air embun.Nita duduk dibangku yang pernah dia duduk berasama rakan -rakannya dahulu.Nita juga memasuki ke stor dimana Amir dibunuh  dahulu.Nita tidak dapat mengwal perasaanya dan air matanya terjurai-jurai turun.Nita melangkah keluar dari bilik stor itu dan duduk di bangku itu tadi.Nita tiba-tiba berbaring  di bangku itu dan melelapkan matanya sebentar.ZAP!~Nita tersentak!Matanya terbuntang luas tatkala bunyi itu menyergah telinganya itu.Nita melihat jam tangannya dan ianya 8:30 pagi!Nita dengan segera bangun tetapi Nita tidak lupa akan pesanan Fatin"Aku akan always beside you Amir!Also,always remeber you Amir!"Nita menjerit sekuat hatinya dan berlalu.Nita akan merindui Amir.Sesampainya Nita di lapangan terbang Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa sekejap sahaja itu,Nita segera mengambil bagasinya dan berlalu masuk ke dalam lapangan terbang itu.Selesai segala urusan,Nita duduk menunggu sebentar di kerusi menunggu.Masa untuk ke Jepun telah tiba,Nita menaiki pesawatnya dan duduk di kerusi berseorangan.Nita akan gunakan peluang yang ada ini untuk melepaskan kerinduannya pada negara yang banyak memberi kenangan pahit dan manis serta pengalaman yang amat perit untuk ditanggungnya seorang diri.Pesawatnya berlepas dan terbang di awan biru.Nita terlelap dalam perjalanan ke Jepun.Hanya mimpi sahaja yang Nita mengiringi Nita ke Jepun.                    

Chapter 4(Everything Change!)

    Nita tersedar dari tidurnya apabila jam locengnya berbunyi memecahkan kesunyian didalam bilik Nita yang dari tadi hanya terdengar bunyi Nita berdengkur tidur.Nita segera bangun dan mencapai tualanya untuk mandi.Seperti kebiasaan,Nita akan melakukan tugasnya seperti yang selalu dibuatnya.Memberus gigi,mandi dan yang lain-lain.Nita masih ingat,dia tidak pernah mandi selama berada di Jepun.Nita hanya tersenyum mengingatkan peristiwanya itu.Selepas mandi,Nita keluar dari bilik mandinya dan memakai baju t-shirt lengan pendek yang longgar dan seluar biasa berwarna biru.Nita selepas itu mengemas katilnya dan terus mengambil wuduk.Nita membentangkan sejdah dan menyarungkan telekung dan Nita memulakan amal ibadahnya kepada Tuhan.Selesai itu,Nita melihat jam locengnya dan ianya baru jam 6:30 pagi.Nita lantas mengambil buku Impiana 2 yang dipinjammnya semalam.Nita memulakan pembacaanya pada pukul 6:30 pagi dan berakhir pada jam 9:30 pagi.2 jam sahaja masa yang diambil Nita untuk menghabiskan buku Impiana iu.Nita meletakkan buku itu di meja belajar dan keluar dari biliknya untuk bersarapan.

                      ---------------------------------------_---------------------------------------
Selesai bersarapan,Nita duduk di kerusi luar dihalamannya untuk berseorangan.Hanya Nita seorang.Nita tidak lupa membawa gambar dan lirik itu.Memang benda yang wajib bagi Nita.Nita termenung melihat awan biru yang berwarna biru bercampur putih itu sambil  burung-burung terbang dengan bebasnya di awan yang sungguh indah itu.Sedang Nita mendongak memandang langit putih itu,Nita teringat seseorang yang amat dibencinya iaitu Haikal.Raut muka Nita terus berubah serta merta apabila wajah Haikal mula terbayang-bayang di ingatan Nita.Tiba-tiba,hati Nita ingin sangat melihat keadaan Haikal yang pernah menyebabkan cinta pertamanya mati.Nita dengan segeranya mencapai sweater biru dan tudung sarung yang berwarna biru juga.Nita mencapai kunci kereta ayahnya dan segera menghidupkan enjin kereta itu. Nita memulakan perjalannya ke penjara Rawang.Sesampai Nita di sana,Nita berlalu masuk ke dalam penjara itu dan bertanya jika ada penghuni di penjara ini yang bernama Haikal atau nama penuhnya Haikal Ariffin bin Muhammad.Tetapi,Nita agak terkejut kerana diberitahu oleh pihak polis itu bahawa Haikal telah dikeluarkan dari penjara ini beberapa bulan selepas Nita melanjutkan pengajiannya di Jepun.Pihak polis itu juga mengatakan bahawa Haikal telah berkahwin dengan seorang wanita yang beragama dan sangat lemah lembut yang bernama Fatin Ahniah.Nita kemudiannya meminta alamat Haikal yang terkini.Pihak polis memberikan alamat itu dan sesampainya nota kecil itu ditangan Nita,Nita sepantas kilat berlalau dan segera ke alamat yang ditulis oleh pihak polis itu tadi.Sesampainya Nita di,Taman Embah ,2344,Jalan Zia.Nita keluar dari keretanya dan agak terkejut kerana rumahnya sebesar rumah Nita.Rumah banglo yang mempunyai dua buah kereta yang kedua-duanya amat berjenama.Nita kemudiannya menekan loceng rumah itu dan disambut oleh seorang lelaki yang memegang seorang bayi yang amat comel.Wajah dan rupa paras lelaki itu amat mirip kepada Haikal.Nita yakin ianya pasti Haikal!Lelaki yang memgang bayi comel itu membuntangkan matanya apabila mendapati tetamunya itu ialah Nita!Nita yang berdendam dengannya.Lalu dengan segera,Haikal membuka pintu rumahnya kerana Haikal pasti Nita kesini kerana ingin memaafkannya.Nita memberi salam kepada haikal sebaik pintu itu dibuka."Assalamuailaikum,Haikal"Nita memberi salam dengan muka yang paling baik yang pernah Haikal lihat.Selepas itu,seorang perempuan yang berjilbab atau bertudung labuh datang dan berdiri di sisi Haikal.Nita yakin itulah isteri Haikal,Fatin Ahniah.Wajah Fatin amat suci dan Nita berbangga kerana Haikal memilih perempuan yang bersopan dan berpegangan kuat pada agamanya.Kemudiannya,Haikal memperkenalkan Nita pada isterinya dan Fatin kepada Nita.Lalu,Fatin bercakap."Inikah Nita yang selalu dibicarakan oleh abang?Nita sangat cantik apatah lagi apabila mengenakan tudung yang amat manis dipandang,"Nita amat terkejut tatkala terdengar suara Fatin yang sangat merdu dan lembut itu.Fatin yang mengerti siapa Nita itu segera berlalu kedalam kerana Fatin tahu itulah cinta pertama suaminya itu.Fatin mengeluarkan suaranya lagi"Abang,Fatin kedalam dahulu membuat air kopi dan abang bersembanglah dahulu dengan Nita.Meh sini Zainuddin tu.Abang layan dahulu Nita,Nita kan tetamu kita."Nita kemudiannya diajak masuk oleh Haikal dan bersembang mengenai bermacam-macam perkara.Nita amat gembira kerana Haikal amat menyayangi isterinya dan anaknya yang tercinta,Syeikh Zainuddin.Nita juga gembira apabila isterinya,Fatin menerima baik Nita.Walaupun kedatangan Nita agak mengejutkan,tetapi bagi Fatin,ianya adalah biasa baginya.Fatin juga berpesan,datanglah selalu dan jika ada masalah,datanglah memberitahu kami.Insya-Allah kami boleh membantu.Nita hanya membalasnya dengan anggukan.


Thursday, April 7, 2011

Chapter 3(Cheerful Day!)

  Nita keluar dari biliknya selepas siap berbaju kurung dan mengenakan tudung yang sepadan dengan baju kurungnya.Nita keluar dari biliknya dengan senyuman yang lebar sehingga ibu bapanya berasa pelik akan perubahan sikap Nita yang dahulunya muram sahaja tetapi sekarang anaknya yang sudah besar gepung itu kembali ceria seperti yang asalnya.Nita memikirkan bahawa perubahan sikapnya itu pasti sesuatu yang membanggakan baginya.Semuanya atas berkat pertolongan adiknya,Miza.Nita sudah pun menggunakan kelima-lima cara itu dan memang agak berkesan walaupun pada mulanya agak susah kerana cara dimana harus menjauhkan diri dari melihat benda kenangan itu memang agak susah.Tetapi,atas usahanya,Nita berjaya juga akhirnya.Nita berhasrat ingin keluar bandar kerana sudah terlalu lama selepas dia pulang dari Jepun.Nita hanya duduk membisu sahaja selepas pulang dari Jepun. Nita pergi ke bandar dengan menaiki kereta milik ayahnya.Nita memang sudah mempunyai lesen sebelum ke Jepun lagi.Tiba-tiba,Nita ternampak basikal adiknya yang agak mirip basikal yang pernah dinaikinya iaitu basikal Mizuki.Nita kemudiannya cepat sahaja menggeleng kerana tidak mahu mood cerianya berubah hanya kerana sebuah basikal!Nita kemudiannya memulakan perjalannya selepas dia menghidupkan enjin keretanya.
           ----------------------------_-----------------------------------
Nita tiba di bandar selepas mengambil kira-kira 2 jam untuk tiba.Memang tidak jauh dan tidak dekat.Hanya sederhana.Nita melangkah keluar dari kereta Wiranya yang berwarna kelabu itu.Nita agak terkejut kerana segala-galanya memang berubah secara drastik!Nita kemudiannya memulakan perjalanan kakinya ke sebuah kedai yang amat sinonim akan dirrinya ketika di sekolah menengah iaitu Perpustakaan Awam.Nita masih ingat dia dan rakan-rakannya sering pergi ke situ jika ingin membuat apa-apa urusan tetapi bukan urusan membaca.Urusan seperti komputer ataupun bercakap tentang hal peribadi.Nita terkejut apabila perpustakaan yang sudah 3 tahun ditinggalkannya itu terlalu cantik kerana sudah dicat dengan warna putih dan merah.Memang klasik!Nita melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu dan memang matanya bersinar-sinar kerana segalanya berubah!Langsirnya sudah bertukar,mejanya sudah ditukarkan posisinya dan.....segalanya berubah!Nita mula mengambil sebuah buku iaitu'Impiana'.Buku itu amat diminatinya dan rakan-rakannya.Buku itu ditulis oleh penulis terkenal iaitu Ain Maisarah.Nita amat meminati siri Impiana dan juga buku Aku Mahu....yang lain dari Ain Maisarah.Nita tergerak hatinya ingin meminjam dan berlalu ke kaunter peminjaman.Nita terlihat satu tabung derma yang tertera disitu 'Tabung Derma Tsunami Jepun'.Nita mengeluarkan wang sepuluh ringgit dan memasukkan ke dalam tabng itu.Moga-moga duit ini dapat disumbangkan kepada mangsa tsunami walau Nita tahu wang itu tidak dapat mengembalikan nyawa Mizuki dan Hikaru.Selesai sesi peminjaman,Nita ingin ke pasaraya untuk membeli- belah sedikit baju kurung dan tudung.Nita menghabiskan selama 2 jam untuk membeli- belah.Azan zohor berkumadang dan Nita terus menghentikan pembeliannya dan ingin ke surau yang berdekatan.Selesai solat zuhur,Nita ingin memenuhi perutnya dan segera ke kedai mamak untuk menikmati hidangan.Akhirnya,lawatan Nita ke bandar itu sudah selesai dan Nita pulang kerumahnya pada jam 3 petang.
                                ---------------------------------_---------------------------------
Selesai solat isyak,Nita menghabiskan sedikit masanya dengan membaca buku Impiana.Nita kadang-kadang menunjukkan eksperasi gembira,terkejut dan takut.Memang seronok sekali buku yang dibacanya itu.Selesai menghabiskan satu buku,Nita menyambung Impiana 2 pula.Memang pantas sungguh  Nita membaca.Nita melihat jam di dindingnya dan ianya 11 malam!Nita segera menutup buku itu dan mematikan suis biliknya.Nita meletakkan bukunya di sebelah katilnya.Nita kemudian mengambil sesuatu benda yang terjatuh.Nita tidak nampak dan Nita mebuka kembali lampu biliknya.Nita kembali muram apabila gambar itu ialah gambar Mizuki.Nita menangis sekali lagi selepas lawatan yang ceria itu.Nita menghabiskan sebak dadanya pada malam itu berseorangan tatkala yang lain nyenyak dibuai mimpi.Nita hanya mampu menangis sahaja pada masa itu.

Tuesday, April 5, 2011

Chapter 2(If Someone Could Fix It)

    Nita berlalu pergi ke biliknya selepas mengambil wuduk.Nita telah mula mendekatkan dirinya pada Yang Esa selepas apa yang menimpanya selama ini.Nita masih ingat,ustazah sekolah rendahnya pernah memberitahunya bahawa setiap dugaan yang menimpa pasti ada sebabnya.Mungkin kerana Yang Esa ingin memberi peringatan kepada kita untuk mendekatkan diri kepadanya dan kerana ingin menguji hambanya,apakah hambanya boleh menerima takdirnya atau sebaliknya.Nita hanya senyum tawar apabila mengingati pesana ustazahnya yang sudah lama ditinggalkannya.Nita menyarung kain solatnya dan telekung untuk memulakan solatnya.Selesai solat,Nita menyedekahkan yassin untuk orang yang disayanginya iaitu Amir.Untuk Hikaru dan Mizuki,Nita hanya mampu merindui mereka kerana mereka mati dalam keadaan seorang yang kafir.Jadi,hukuman di sana menanti mereka.Nita memang tidak mengharap roh mereka sejahtera tetapi Nita mengharap mereka bertiga bersama Nita.Selesai membaca surah yassin,Nita kembali ke kerusi di luar rumahnya.Biararpun suasana agak gelap kerana sudah masuknya waktu malam bagi sekalian makhluk di Malaysia.Nita membawa keluar lampu atau lebih sinonim kepada pelita.Nita juga memegang erat gambar dan lirik lagu itu.Nita masih tidak mahu melepaskan benda yang ditinggalkan orang yang disayanginya itu.Walau umur Nita sudah memasuki 23 tahun tetapi hatinya tidak terbuka langsung untuk berpasangan-pasangan ini kerana Nita sudah pun mempunyai orang yang disayangi dan menyayanginya.Mereka bertiga akan kekal didalam hati Nita.Nita tidak kisah jika digelar'anak dara tua'kerana hatinya tidak terbuka walau seinci pun untuk mmpunyai pasangan hidup.Nita duduk di kerusi itu dan menung terlalu jauh sehingga tidak perasan adiknya berada betul-betul di hadapannya.Adiknya yang bernama Nur Miza Batrisya atau lebih dikenali dengan Miza itu sudah pun menepuk-nepuk bahu kakaknya yang hanya termenung itu.Miza sudah cemas apabila air mata mengalir secara drastiknya dari mata Nita yang cantik itu.Kemudian,Miza memanggil nama kakaknya itu sekuat-kuatnya sehingga Nita tersentak dan terjatuh dari kerusinya.Miza hanya tergelak kecil sahaja.Nita dengan segeranya memarahi adiknya itu.Nita kemudiannya berlalu pergi dari situ.Miza dengan pantas menarik tangan kakaknya itu dan menyuruhnya duduk kembali.Nita hanya akur kerana dia sudah tidak mepunyai apa-apa tenaga untuk memarahi adiknya itu lagi kerana dia tidak makan apa-apa dari petang tadi.Miza kemudiannya bersuara"Kak Nita mengapa?Sejak kembali dari Jepun,Kak hanya muram dan ayah dan ibu menyangka kakak trauma tetapi Miza tidak merasa begitu.Miza lihat kak Nita hanya termenung dan melihat gambar itu dan kertas itu lalu kakak menangis.Kak Nita cuba ceritakan apa yang berlaku.Mungkin Miza boleh membantu kakak.Miza akan cuba sedaya upaya."Miza memandang kakaknya dengan harapan kakaknya memberitahu apa yang berlaku.Nita memulakan ceritanya dan Nita mengakhiri ceritanya dengan esak tangis yang mebuatkan Miza turut bersimpati dengan keadaan kakaknya itu.Miza kemudian berkata,"Kak Nita,mengapa kak kenangkan apa yang telah berlaku?Kak Nita tidak patut berkalakuan begini hanya kerana kak Nita kehilangan orang yang kak Nita sayangi.Orang lain juga pernah merasai keperitan ini.Miza memberikan cara yang berkesan untuk kak Nita melupakan kejadian ini"Miza mencapai pen di dalam begnya itu dan mencapai sehelai kertas kecil.Miza kemudiannya menulis.Kemudian,Miza menghulurkan kertas itu kepada Nita.Nita hanya termenung sahaja.Miza hanya tersenyum dan meletakkan kertas itu di sebalik gambar yang dari tadi dipegang Nita.Selepas itu,Miza berlalu pergi untuk ke kelas tuisyennnya.Selepas 20 minit,barulah Nita sedar dan berlalu pergi.Sedang Nita berjalan,sehelai kertas kecil terjatuh dan Nita mengambilnya.Nita hanya tersenyum saat dia membaca bait-bait perkataan yang ditulis oleh adiknya,Miza.Miza memang ingin menolongnya.
      5 Cara untuk melupakan kenangan lalu.

  • Sentiasa mendekatkan diri kepada yang Esa.
  • Sentiasa menyibukkan diri dengan kerja atau apa-apa sahaja.
  • Sentiasa senyum.
  • Tidak terlalu kerap melihat benda kenangan antara kita dan dia.
  • Harus memulakan hidup yang baru.
Dan yang paling penting,harus cari pasangan hidup!Moga-moga cara ini berkesan untuk kak Nita.Cheer Up!  :)
Nita menyimpan kertas itu disebalik gambarnya bersama Mizuki.Nita tidur dengan lena buat pertama kalinya selepas apa yang berlaku.Nita merasakan Miza telah mengubati hatinya yang terluka ini.Nita tidur selena-lenanya selepas solat isyak.