BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Monday, March 14, 2011

Chapter 2

Nita menjerit dengan penuh keyakinan terhadap misinya itu!Tetapi,jeritannya yang nyaring itu terhenti kerana seseorang sudah menghalang untuknya menjerit dengan nyaring!"Mizuki"pendek sahaja Nita menjawab.Mizuki ialah rakan Jepun yang ditugaskan untuk menolong segala urusan di Jepun itu.Mizuki juga petah berbahasa Melayu kerana ibunya adalah berbangsa Melayu.Mizuki yang dari tadi hanya tidur kerana tidak langusng menyedari matahari sudah menyinari terganggu dek kerana suara jeritan nyaring yang mampu membuatkan telinga makin memerah!Mizuki memasuki bilik Nita dengan mukanya yang masam mencuka itu.NITA!!!!!!!!!!!!!Kali ini giliran Mizuki pula yang mengeluarkan suaranya yang comel itu!Sememangnya walaupun ibunya adalah Melayu tetapi Mizuki banyak mewarisi ayahnya yang memang asli Jepun itu.Suara Mizuki juga sama tarafnya dengan suara perempuan Jepun.Tidak kira sudah besar atau masih kecil,suara mereka tetap sama iaitu suara mereka yang ala-ala kartun comel yang mampu membuatkan mana-mana lelaki asing yang datang belajar atau melancong akan cair dengan kecomelan perempuan Jepun itu.Nita tersentak dengan laungan comel dari Mizuki itu!"Apa yang kau buat ni???Aku nak tidur pun susahlah!"Mizuki mula bercakap Melayu dengan sedikit loghat Jepunnya."Aku ganggu kau ke??"Nita menjawab seakan-akan tidak bersalah."Yalah!Kau tahu kan hari ini sahajalah aku dapat berehat sebab bos aku kasi cuti!Aku nak gunakan hari ini sebagai masa aku berehat.Dah lama sangat aku tak dapat tidur lama-lama macam ni!Dahlah bos aku yang tua kerepot lagi pendek tu bagi aku cuti sehari je dalam sebulan!Kau pula memekik macam orang kena histeria pagi-pagi yang memang dah terang ni!"Mizuki melepaskan gunung yang sememangnya sudah berapi itu kepada Nita."Oh!Baru aku tahu.Aku minta maaf sesangat.Manalah aku tahu kau cuti hari ini.Aku kan baru semalaman je kenal kau.Aku baru kenal kau macam mana aku nak tahu kau cuti ke tidak"Nita membela dirinya."Kalau ya pun kau ingatlah sikit ada orang lain yang duduk dalam rumah ni"Selepas itu,Mizuki kembali kebiliknya sambil diselimuti oleh selimut setebal-tebalnya.Nita hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.Disebabkan Mizuki, Nita sudah terlupa misi nya tadi."Ish!Mizuki ni mengacau sahaja.Orang tengah seronok-seronok gembira ni,dia pula  yang mengacau!Aku tak bayar sewa bilik baru tahu!"Nita mendengus sambil mengata-gata soal sewa biliknya terhadap Mizuki,gadis jepun kacukan Melayu itu.
                                                 -------------------_-------------------
Selepas Mizuki sudah selesai menyegarkan kembali dirinya,dia turun kebawah untuk menikmati hidangan pagi yang mungkin disediakan oleh Nita.~Mungkin~.Setibanya Mizuki didapur,dia sudah mengagak apabila dapur itu tidak ada yang kotor atau tanda-tanda bahawa ianya telah digunakan.Mizuki naik kebilik Nita untuk bertanyakan Nita apa yang dimakannya pagi tadi.Mizuki mengetuk pintu Nita dengan sopan dan duduk ala-ala gadis Melayu diatas katil Nita."Hei Nita,apa yang kau makan pagi tadi??Aku nak!Aku dah lapar ni!"pantas sekali Mizuki bertanya.Nita yang dari tadi hanya menumpukan perhatiannya terhadap komputer beralih pandangan matanya."Aku makan mee segara yang aku bawa dari Malaysia.Kalau kau nak boleh,tapi kau kena kurangkan sewa bilik  bulan ni."Mizuki hanya mengiakan sahaja kerana perut nya memang sudah lapar!Sedang Mizuki leka mencari mee segara didalam beg plastik Nita yang mengandungi 30 peket mee segara itu,Nita memanggil Nita dengan suaranya yang penuh kehairanan."Mizuki,kau kenal tak Hikaru Yaotome???"
Nita bertanya ingin mendapat kepastian dari Mizuki."Hikaru Yaotome??!!!"Mata yang dari tadi hanya ada perkataan lapar sudah bercahaya apabila mendengar nama lelaki yang menjadi pujaan remaja Jepun disebut!"Hikaru Yaotome??!!!Siapa yang tidak kenal lelaki Jepun yang bakal berkahwin dengan aku tu???"Mizuki sudah mengibas-kibaskan rambutnya.Nita hanya layan sahaja dengan rakan yang baru dikenalinya itu."Kau nak tahu??Hikaru punya lakonan memang bernas,tip top!,dan mampu mencairkan hati ramai remaja Jepun!"Mizuki sudah memuji-muji bintang pujaanya itu!"Kau nak ikut aku pergi fanmeeting dia tak minggu depan???"Nita sudah mengajak Mizuki."Eh!of course!Aku nak ikut!Tapi kenapa tiba-tiba kau kenal dia ni??Setahu aku dia belum menjalankan promosi dia kat Malaysia lagi???"Mizuki sedikit kebingungan."Aku nampak dia kat tv tadi.Aku pun dah mula nak jatuh hati kat dia ni!"kata-kata Nita sedikit membuatkan Mizuki menampar kuat bahunya.Nita hanya tersenyum apabila dia mempunyai teman untuk ke fanmeeting itu nanti.Dalam pada itu dia juga ingin benar merenung lama mukanya yang memang seiras Amir.Orang yang telah mebuatkan Nita merasai cinta itu sangat bernilai.Tetapi,cinta pertama ibarat cinta yang Nita tidak akan menggantinya dengan sesiapa pun. Selepas itu,Nita bertanya lagi kepada Mizuki."Kau tahu cerita atau drama apa yang pernah dilakonkan olehnya????"Nita bertanya."Mestilah aku tahu!Lakonnya yang paling tip top adalah Code Blue.Lakonannya memang kool dalam cerita itu!"Mizuki sudah menerangkan dengan terperinci tentang lakonan Hikaru didalam cerita itu!Lalu dengan pantas Nita menaip Code Blue dilaman utube.Mata Nita tidak lekang memandang komputer dari pagi hingga matahari mula menjatuhkan dirinya.Nita ingin mengetahui apa yang hebat sangat tentang Hikaru sebelum ke fan meeting nya pada minggu hadapan!

0 comments: