BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Monday, March 21, 2011

Chapter 6

Pada petang itu Nita kembali kerumah sewanya tanpa mengetahui nasibnya yang akan datang.Nita sungguh bahagia pada hari ini.Nita merasakan bahawa inilah hari yang paling bahagia didalam hidupnya!Tetapi tidak bagi Mizuki yang sedang duduk di kerusi bulat berwarna ungu yang comel sambil menunggu ketibaan Nita yang bakal menghadapi hari paling malang untuk dirinya.Mizuki hanya tersenyum sinis memikirkan apa yang akan terjadi kepada Nita kerana tidak mungkin Nita akan meminta bantuan sesiapa kerana dia hanya boleh berkomunikasi dengan dirinya sahaja.Jika hendak speaking,itu tidak mungkin.Mizuki tiba-tiba berasa puas atas keputusannya itu.Keputusan untuk menghalau Nita dari rumahnya semata-mata kerana cemburu.Sungguh tidak masuk akal!Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dan Mizuki sudah bersedia untuk menghalau Nita!Nita membuka pintu rumah sewanya selepas membuka kasut boot krimnya itu.Nita memasuki rumah itu dengan senyuman yang paling lebar tetapi hilang dek kerana wajah muram Mizuki yang sudah berdiri tegak didepannya.Nita sudah menelan air liurnya kerana risau Mizuki akan menghalaunya keluar dari rumah itu.Mizuki hanya senyap dan tangannya mula bergerak-bergerak menunjukkan bagasi yang berada di belakangnya.Nita sudah tahu!Detik ini akan tiba jua!Nita sudah mula memikirkan alasannya yang munasabah untuk memujuk dan melembutkan hati Mizuki.Rakan yang baru dikenalinya dalam 10 hari.Mizuki sudah memulakan perbicaraanya"Kau nampak bagasi ini?Aku memang tahu kau akan merampas Hikaru-kun dari aku!Aku tak akan berlembut lagi dengan kau!Aku dah tak tahan dengan perangai kau tu!Kau ambil benda ini dan keluar dari rumah aku sekarang juga!Aku tak nak apa-apa duit sewa!Kau pergilah cari sesiapa yang nak ambil kau sebagai penghuni.Kalau ada"Mizuki melepaskan kemarahannya dan mengakhiri  ayatnya dengan kata-kata yang menyindir.Nita mula mengeluarkan air mata yang sudah penuh itu.Air mata turun menuruni pipinya yang lembut itu.Dengan mata yang berkaca-kaca, Nita mula membela dirinya."Mizuki...."Sayu sahaja suaranya."Aku tak sangka yang aku akan dipilih oleh Hikaru.Aku tak pernah sangka dan tak pernah rancang apa-apa pun!Kau ingat aku jatuh cinta dengan dia?!Kau ingat aku nak rampas dia?!Selama ini aku selalu memandang wajahnya lama kerana mukanya mirip sekali dengan cinta pertama aku yang mati akibat dibunuh!Kau pernah rasa kesakitan hati dan keperitan untuk menerima segala takdir ini?!Pada mulanya aku hanya memandang biasa sahaja Amir,tapi aku sudah menggangap dia sebagai cinta pertama aku!Kau pernah rasa kehilangan cinta pertama kau?!"Nita sudah membuktikan yang dia tidak bersalah.Mizuki hanya diam tetapi hatinya menangis mendengar cerita yang Nita pernah mengalami itu.Tetapi,Mizuki hanya mampu menangis dalaman tetapi dia tetap dengan keputusannya!"Aku tak kisah kau nak rasai semua itu!Tapi,aku tak sanggup untuk tengok kau dalam rumah ini!Kau keluar!"Nita hanya mampu menahan daripada air matanya jatuh bergunung-gunung.Nita mengangkat begnya dan mulai memakai kasut bootnya dan meninggalkan rumah yang tidak akan dia jumpa lagi.Nita berjalan sambil dilayan oleh angin yang bertiup  sayu seperti perasaan yang ditanggungnya sekarang.Tiba-tiba,sebuah kereta atau lebih dikenali sebagai limusin berhenti dihadapannya.Nita sudah mengagak siapa yang datang.Hikaru sudah menurunkan cermin tingkapnya dan menyuruh Nita masuk.Nita hanya mampu menerima kerana sudah 4 km dia berjalan.Nita memasuki dan Hikaru agak terkejut dengan air mata yang berlinangan dimata Nita.Hikaru mula bertanya sambil mencubit pipi Nita yang lembut itu."What's wrong?You just fine with me ago.Tell me what happened.Maybe I can help you,"Nita hanya memadang sayu muka Hikaru dan memulakan pernerangannya.Hikaru hanya tersenyum kerana tidak sangka perkara ini terjadi kepada peminat 'kesayanggannya'.Hikaru menolong Nita dengan membenarkan dia menetap dirumahnya yang besar itu selama dia belajar ini.Pada mulanya Nita menolak,tetapi Nita menerimanya apabila memikirkan yang dimana dia harus tinggal.

                                              -------------------------------_-----------------------------
Sudah dua bulan Nita menetap dirumah Hikaru yang berada di Fukushima itu.Memang benar,Hikaru tidak suka suasana di bandar tetapi diperkampungan lebih menenangkan.Nita sudah mula rapat dengan Hikaru.Hikaru juga sudah dapat membiasakan dirinya dengan peminatnya itu.Pada pagi itu,Hikaru menemui Nita ditempat Hikaru biasa menenangkan fikirannya.Tetapi,sejak Nita tinggal dirumahnya,Nita lebih banyak menenangkan jiwanya di sana.Kadang-kadang Nita mula memikirkan bagaimana agaknya kehidupan Mizuki sekarang.Adakah dia akan terus membencinya atau sebaliknya?Nita hanya dapat meneka sahaja.Hikaru datang sambil membawa gitar dan lirik lagu.Hikaru sudah duduk dan memberi kertas itu kepada Nita.Nita membaca bait-bait  lirik itu dan ianya sungguh menyentuh jiwanya.
        (Someday)
        Someday.....
        The person will come to you and give you a very precious moment
        Someday.....
        The person you love will leave you
        Someday.....
        You can't express your kindness to other
       And someday.....
        All the person will leave you without you knowing it.
And you will know that its the real life that you doesn't expect.
Nita hanya mampu menunjukkan thumbs-upnya Hikaru hanya tersenyum apabila.Hikaru sudah mula mendendangkan lagunya itu.Lagu ballad itu sungguh menyentuh jiwa Nita.Tiba sudah waktu makan tengahari.Semua makanan sudah terhidang tetapi Nita merasakan sesuatu tiada.Nita berkata didalam hatinya'Aku rasa yang tak ada ialah.........daging!'Nita mula berkata kepada Hikaru dan Hikaru juga mula menyedari yang ketiadaan daging tiada.Bagi Jepun,daging memang penting disetip hidangan.Nita mula menyerah diri untuk ke kedai yang berdekatan.Nita juga menolak pelawan Hikaru untuk ikut serta.Nita hanya menaiki basikal sahaja.Sampainya dikedai yang bertingkat tiga itu,Nita mencari tingkat dimana terletaknya daging itu dan ianya terletak di tingkat tiga.Nita menaiki lif dan sampai ditingkat tiga.Nita mula mencari-cari daging yang mahal seperti yang disuruh oleh Hikaru tadi.Sedang Nita memilih-milih daging,bangunan kedai itu mula bergoyang-goyang dan seluruh
barang-barang disitu jatuh termasuk daging-daging.Nita tidak pernah mengalami benda ini semua.Nita dapat merasakan sesuatu yang buruk yang akan berlaku.Segala lampu mula samar-samar kelihatan dan akhirnya Nita dapat melihat dari tingkat yang paling atas tsunami yang besar sedang berlaku!Nita sudah mula bimbang akan keselamatan dirinya dan keselamatan Hikaru dan Mizuki!
                                 ---------------------------------------------_----------------------------------------
Nita berlari kerumahnya dengan air yang mula surut itu selepas tsunami yang paling besar berlaku dengan gegaran yang paling kuat yang berlaku selama 3 jam itu.Nita berlari meredahi air dan tempat pertama yang ditujunya ialah rumah Hikaru!Nita tiba dan meilihat segala-galanya musnah!Rumah itu musnah dan Nita mula ternampak mayat manusia bergelimpangan dimerata-rata tempat.Nita mula terfikirkan Hikaru!Dia mencari Hikaru dan alangkah sayunya hatinya,Hikaru mati dek kerana tsunami itu dan Hikaru mati bersama dengan gitar dan lirik lagunya.Nita dapat merasakan yang Hikaru sedang menyanyi ketika itu.Tiba-tiba,Nita teringat Mizuki!Nita berlari meredah air yang mula surut itu dan Nita  teramat sedih kerana dia tersepak mayat...Mizuki!Nita sungguh tidak sangka yang dia akan kehilangan orang yang banyak membantunya di Jepun ini!Mengapa?!Mengapa orang yang dia sayangi sering ditimpa bala!Nita hanya meratapi kesedihan disamping Mizuki yang mati bersama gambar yang diambilnya bersama Nita!Nita memadang sayu gambar yang diambil saat bahagianya bersama Mizuki yang kini sudah hilang sinar kebahagiannya itu.Nita hanya meratapi kesedihannya.Ini kali kedua dia kehilangan orang yang dia sayang!
               Seminggu berlalu.......
Nita bangun dan mandi.Kali ini tidak sama lagi saat Nita berada di Jepun.Nita kini diMalaysia.Dia harus bangun pagi dan mandi.Nita mengambil suratkhabar dan hati Nita sayu kerana setiap hari berita tentang Jepun sahaja yang diterimanya.Nita masih tidak dapat melupakan saat itu berlaku.Nita tak akan melupakan Hikaru dan Mizuki yang meninggalkannya.Nita mula menyedari mengapa Hikaru menulis lagu (Someday) itu,kini segala-galanya telah berubah.Nita hanya dapat bersama dengan memori sahaja.Memori yang tidak akan dilupakannya.Memori bersama....Hikaru dan Mizuki~
                                                                                                                          -The End-
                            

0 comments: