BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Friday, March 18, 2011

Chapter 5

Nita berdiri sunyi dikalangan peminat-peminat yang sedang menjerit memanggil-manggil pujaan mereka iaitu Hikaru Yaotome.Nita yang berdiri di barisan ketiga itu tidak mampu berkata apa-apa kerana dia sibuk memadang rupa yang amat mirip Amir itu.Kemudian,bahu Nita dipegang sehingga membuatkan Nita merasa takut.Bahu Nita dipegang kuat oleh tangan yang Nita masih tidak tahu siapakah tuan pemilik tangan itu.Tiba-tiba,satu suara menegur Nita,suara orang yang memegang bahunya itu.Suara itu amat mirip kepada suara yang biasa dia dengar.Nita menoleh ke balakang dan ianya Mizuki!Nita terus memeluknya seakan-akan sudah lama tidak berjumpa dengan Mizuki.Mizuki hanya senyap sambil memadang Hikaru yang sedang bersalam dengan peminat-peminatnya.Mizuki kemudiannya bersuara"Kau datang sini pakai apa?Bas?"Mizuki terus bertanya tanpa mempedulikan perasaan haru Nita itu.Nita menjawab dengan perlahan-lahan"Dengan basikallah.Bas tak ada jadi aku pergi dengan basikal kau sebab masa itu aku dah lambat.Kau kata Jepun memang mementingkan masa.Jadi,aku datanglah pakai apa-apa pun."Nita menjawab sambil membuka zip begnya untuk mengambil air mineral yang dibeli dari mesin itu tadi.Mizuki hanya diam sahaja sambil berkata didalam hati'Mujurlah kau datang dengan kenderaan,kalau kau jalan kaki,tak ke parah tu!'Tiba-tiba Nagoya bergema dengan suara Hikaru yang memulakan percakapannya didalam bahasa Jepun.Nita hanya memadang sahaja tetapi remaja yang lain menjerit sehingga membuatkan Nita tidak selesa kerana suara yang menjerit itu tidak sama seperti suara mereka yang biasa didengar comel itu.Seramai dua ribu lebih yang datang tetapi Nita seorang sahaja yang senyap dikalangan peminat itu.Mizuki juga apa lagi,menjerit sekuat hatinya.Tiba-tiba,Hikaru mula menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk 'Love So Sweet'.Semua peminat mula menjerit sekuat hati  kerana Hikaru sedang mencari orang yang sesuai untuk menemaninya berada diatas pentas.Keadaan Nita yang sunyi tidak bercakap apa-apa kecuali memadang muka Hikaru dan menutup telinganya yang sudah memerah itu.Keadaan Nita menarik perhatian Hikaru yang mula menuruni pentas dan menuju kearah Nita sehingga membuatkan Mizuki dan yang lain cemburu dan memadang dengan mata yang sangat tajam kearah Nita.Nita hanya terkejut sehingga kaku kerana tidak percaya Hikaru memilihnya.Tapi kenapa?Nita msaih tidak tahu sebabnya.Nita kemudiannya tiba diatas pentas sambil tangannya digenggam erat oleh tangan Hikaru yang cerah itu.Nita dipelawa untuk duduk dikerusi yang telah diduduki oleh Hikaru sebentar tadi dan Nita hanya kaku apabila dia melihat beribu-ribu orang yang datang untuk fanmeeting Hikaru.Sememangnya jejaka ini memang popular.Nita dilayani ibarat permaisuri oleh Hikaru kerana Hikaru menyanyikan lagu itu dengan memadang tepat mata Nita yang kaku itu.Nita hanya memadangnya juga dan tidak menunjukkan sebarang reaksi yang bangga.Kemudian Nita memadang muka Mizuki yang bengang itu.Sememangnya Nita tidak pernah melihat muka Mizuki yang begitu sekali.Nita mula menelan air liurnya kerana takut dan Nita mula memikirkan nasibnya apabila tiba dirumah Mizuki nanti.Sesudah lagu itu didedang,Hikaru mengalihkan perhatian matanya dan berkata kepada peminatnya 'Arigatou!'dengan senyuman yang lebar sekali sehingga menampakkan giginya yang putih bersinar itu.Hikaru kemudiannya memegang tangan Nita dan bertanya kepadanya didalam bahasa Jepun sehingga membuatkan Nita tidak mengerti.Nita kemudiannya menggeleng sambil berkata"I sorry but i am not Japannese"Hikaru yang sudah menjadi artis dari umurnya di peringkat menengah itu mulai faham tetapi peminatnya tidak faham.Sememangnya Hikaru berasal dari keluaraga yang menetap di Sydney selama 10 tahun bermula Hikaru lahir sehingga Hikaru berumur dalam likungan sekolah rendah.Hikaru yang mengerti itu memulakan kembali percakapannya tetapi didalam loghat Inggeris "Oh!Now i know.So,where u come from and where you get to know me??"Nita kemudiannya menarik nafas dan berkata"I come from Malaysia and i come here for study.But,i see you on tv and i started to interest in you but i doesn't mean i am your fans.I just get to interest in you."Panjang lebar Nita menerangkan.Kemudiannya sesi fanmeeting bermula tetapi Nita diberi layanan istimewa sehingga Hikaru menyuruhnya untuk berjumpanya di back stage.
                                                  ---------------------------_-----------------------------
Selepas sesi fanmeeting tamat,Hikaru datang dan mengajak Nita untuk minum kopi bersamanya.Nita kemudiannya diajak  untuk menaiki kereta Hikaru untuk minum kopi tetapi Nita menolak kerana masalah basikal itu.Hikaru hanya tergelak kerana masalah itu dan Hikaru memberi penjelasan yang basikal itu akan dihantar kerumahnya.Nita hanya tenang selepas Hikaru memberi penjelasan itu.Kemudiannya, Nita dibawa menuju ke kereta Hikaru dan Nita tergamam kerana kereta itu ialah kereta Limosin!Nita tidak pernah dilayan seistimewa begini! Nita memasuki kereta itu dan tergamam melihat kemudahan didalam kereta itu.Segala-galanya lengkap dengan air dan juga GPS yang canggih!Hikaru menutup pintu kereta itu dan menyuruh pemandunya untuk memandu.Hikaru memlakan perbicaraanya."What is your name?And how old are you?"Nita mula hendak muntah apabila mendengar soalan yang geli itu.Nita menjawab"Nita and 21."Hikaru terkejut mendengar umur Nita dan dari situ bermulalah perbualan mereka sehingga Nita terlupa yang Mizuki sedang bengang kerana basikal dihantar tetapi orangnya tiada!Sungguh Mizuki berapi!Mizuki sibuk mengemaskan bilik Nita dan memasukkan segala baju-baju Nita kedalam begnya dan segalanya sudah diletakkan di hadapan pintu bilik Nita!Nita akan dihalau!

0 comments: