BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Click here for Myspace Layouts

AFTER HEAR STORY..MUST FOLLOW!

Thursday, March 17, 2011

Chapter 3

Matahari menyinari sekali lagi bagi mengejutkan berjuta-juta penduduk Jepun untuk bangun.Budaya ini sudah tidak asing lagi bagi Nita yang sudah seminggu membiasakan dirinya di Jepun.Nita bangun dan segera ke bilik mandi.Seperti biasa,Nita hanya memberus giginya dan terus menyarungkan bajunya ketubuhnya.Nita memang sudah lali dengan keadaan pagi di Jepun,negara matahari terbit.Selepas bersiap,Nita mencapai peket mee segara yang masih ada bakinya.Hanya tinggal 23 mee segara sahaja lagi.Nita harus berjimat cermat tetapi itu tidak menjadi isu baginya kerana tubuhnya yang langsing itu tidak mudah untuk menaik.Nita berlalu kedapur dan memulakan  sesi pemasakan mee segaranya.Sementara menunggu mee segaranya dimasak,Nita menyelak majalah yang baru dibeli oleh rakan Jepunnya yang comel lagi kecil,Mizuki.Majalah 'Seventeen' sememangnya popular dikalangan remaja kerana ianya memaparkan tentang fesyen terkini atau berita-berita terkini tentang artis-artis atau sebagainya.Nita hanya menyelak-yelak sahaja majalah yang diberi namanya 'Seventeen' itu kerana semuanya didalam bahasa Jepun!Mana mungkin Nita memahami bahasa Jepun walaupun sudah seminggu dia berada disana.Sedang Nita menyelak-yelak,wajah yang amat dikenalinya iaitu Hikaru Yaotome!Nita hanya memadang sayu muka yang amat mirip kepada cinta pertamanya iaitu Amir.Nita hanya memadang gambar-gambarnya sahaja kerana tidak faham akan bahasa Jepun.Tiba-tiba,Mizuki turun menandakan dia sudah hendak makan.Nita hanya buat selamba sahaja kerana sedang melayan perasaan rindunya terhadap Amir.Sedang Nita melayan perasaanya,Mizuki menepuk kuat bahu Nita."Oi!Kenapa kau tengok muka bakal suami aku tu lama-lama ha?!Kau nak cuba rampas ke??Berani kau nak rampas,aku tak bagi kau tinggal dekat rumah aku kang baru kau tahu"Mizuki bercakap sambil mencari bahan masakan yang sesuai untuk dimakan.Nita hanya mengeleng sahaja kerana sudah biasa dengan ugutan itu.Sebelum ini,Mizuki juga sudah berkata begitu tetapi tidak pernah pun dia menghalaunya keluar dari rumah itu.Dengan selamba Nita menjawab,"Aku bukannya nak rampas dia,aku tak minat pun dia tetapi aku tertarik dengan peribadinya dan juga kejayannya dalam bidang hiburan.Aku bukannya nak rampas your future husband pun"Nita mengeluarkan luahannya pula.Mizuki tercenggang apabila mendengar luahan Inggeris Nita itu.Di Jepun,penduduknya memang tidak fasih berbahasa Jepun kerana mereka memartabatkan bahasanya sahaja.Sesiapa yang fasih berbahasa Inggeris akan dikira hebat.Malahan,raja dan menterinya juga tidak fasih berbahasa Jepun.Oleh kerana itu,agak sukar sedikit jika hendak menetap diJepun kerana tidak akan mengerti bahasa Inggeris walaupun sudah berulang kali kita cuba untuk membuat mereka mengerti.NIta dengan laju memutar kembali ingatanya yang penduduk diJepun memang tidak mengerti bahasa Inggeris.Nita memukul kepalanya berkali-kali kerana tidak teringat langsung akan peringatan itu.Nita dengan pantas membetulkan kesilapannya."Ah!Aku tak cakap apa-papa.Abaikan apa yang aku cakap sebentar tadi.Abaikan sahaja"Nita hanya buat selamba dan berlalu ke ruang tamu untuk menonton tv sambil menjamu  mee segaranya itu.Selepas itu,Mizuki tiba dan memukul Nita.Kali ini dipehanya pula.Nita yang hanya berdiam diri itu cuba bertanya kepada Mizuki,"Mizuki,aku nak tanya kau apa yang dia tulis pasal Hikaru ini.Aku tak faham".Mizuki hanya tergelak sahaja."Dia cakap yang Hikaru ini sudah hendak cari pasangan hidupnya."Nita sedikit terkejut.Umurnya sama dengan umur Hikaru tetapi sudah hendak mencari pasangan hidup.Itu terlalu cepat!Sedang Nita mengelamun itu,Mizuki berangan-angan jika dia yang menjadi pasangan hidup Hikaru.Lelaki yang menjadi pujaan remaja Jepun itu.Selepas sesi menggelamunnya tamat.Mizuki berkata kepada Nita bahawa dia ingin ke kerja dahulu.Mizuki bekerja sebagai seorang akauntan dibank.Umurnya yang muda itu telah menyebabkan ramai akauntan dan pekerja lelaki tertarik akan kecomelannya itu.Sememangnya lelaki Jepun memang suka perempuannya yang comel.Itulah sebabnya suara wanita Jepun comel-comel belaka.Nita yang agak sedikit terkejut itu hanya menggeleng sahaja.Esok ialah hari yang ditunggu-tunggu olehnya dan seluruh remaja Jepun iaitu fanmeeting Hikaru Yaotome!Nita sudah bergegas kebiliknya apabila teringatkan peristiwa itu.Nita sudah membuka almari pakainnya dan mencari baju-baju yang sesuai untuk dipakainya di fanmeeting itu nanti.Tiba-tiba,Nita terhenti pencariannya apabila teringat akan sesuatu persoalan ini.Mengapa dia tidak sabar-sabar hendak ke fanmeeting itu?Mengapa dia harus mencari baju yang cantik-cantik sedangkan dia hanya ingin berjumpa dengan artis bukannya teman istimewa.Pencarian Nita terhenti dan Nita duduk di penjuru katilnya.Kemudian,Nita meneruskan kembali pencarian yang sesuai untuknya.Nita sudah tidak kisah akan segala persoalan itu.Nita sudah mencuba berbagai-bagai bajunya tetapi satu pun tidak sesuai.Kemudian,Nita mencapai beg duitnya dan baju sejuk untuk ke shopping mall mencari baju yang sesuai untuknya.Nita sudah menahan sebuah teksi.Sememangnya duit yang dibawa oleh Nita memang banyak kerana taraf keluarganya yang memang kaya itu.
                                  ------------------------_-----------------------
Setibanya Nita disebuah shopping mall yang popular di Jepun iaitu Namba Parks.Namba Parks sememangnya shopping mall yang lengkap dengan taman permainan dan tempat riadahnya.Nita berjalan masuk ke Namba Parks yang besar itu sambil matanya mencari-cari kedai atau butik yang sesuai untuk remaja.Nita berjaya menjumpai satu butik yang diberi nama 'Shibuhara Girls Shop'.Nita masuk dan dikejutkan dengan suara wanita Jepun yang bertanya baju apa yang dicarinya.Nita hanya menggelengkan sahaja kepalanya.Tiba-tiba Nita menjumpai baju yang sememangnya sesuai untuknya di fanmeeting Hikaru Yaotome.Baju itu jenis dress berlengan panjang yang disertakan dengan skirt pendek bersama kasut boot yang berwarna krim.Baju itu dikait dan ianya berwarna coklat dan skirtnya berwarna krim bercampur coklat.Boot itu berkrim dan comel.Nita memilih baju itu.Selepas itu Nita ke salun untuk membuat rambutnya pula.Rambutnya di buat curly straight wavy dan mempunyai rambut didepan dan diwarnakan dengan sedikit coklat hitam.Kemudian Nita ke bahagian aksesori untuk memilih stoking hitam untuk dipadankan dengan baju yang dibelinya tadi.Walaupun pegangan agama Nita tidak kukuh,tetapi Nita masih mengingati ajaran agamanya.Nita kemudiannya membeli skarf yang samar warnanya dengan bajunya itu dan membeli cekak yang mempunyai reben yang sememangnya berwarna coklat dan Nita membeli juga kot sejuk yang panjang tetapi comel.Tema Nita ke fanmeeting Hikaru nanti ialah coklat-krim! Semuanya sudah lengkap!Tinggal satu perkara sahaja iaitu ke fanmeeting  Hikaru!

0 comments: